BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 23 Ogos 2010

Syahadah dan Akidah

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kini malaysia khususnya, kebanyakan dari kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam samada cina, india, kristian dan lain-lain.

Bagi kaum cina dan hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita….

“Uncle sebelah tu buat apa, Abah?”

Dan secara amnya, kita akan menjawab… “dia tengah sembahyang atau tengah sembah Tuhan dia” jawapan itu sahabat-sahabat sekalian, nauzubillah sebenarnya boleh membawa kepada syirik…. Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. “tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH”
tetapi apabila kita memberikan jawapan … “Dia tengah sembah Tuhan dia” kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran kepada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan…dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita.

Sedangkan kita mengucap 2 kalimah syahadah“tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH” “Nabi Muhammad pesuruh ALLAH”
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian “dia sedang sembah Tuhan dia”?

Sekiranya jawapan ini diteruskan.. …maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita ” Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH”

Jawapan yang sebenarnya atau yang patut kita ungkapkan antaranya, ” Anak, pertamanya perlu faham, Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah tu sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah”

Jangan ambil mudah jawapan yang diberikan kepada anak, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka (anak-anak).

Sekadar mengamalkan “sampai dan menyampaikan” .

Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik boleh sama-sama kita berkongsi..mudah-mudahan ALLAH memberi rahmat dan petunjuk pada kita..InsyaALLAH..

BETULKAN YANG BIASA BIASAKAN YANG BETUL….

Ahad, 21 Jun 2009

SEKADAR MENGIMBAU MEMORI LAMA...

Selasa, 9 Jun 2009

Ade gambar aku kt situ...cri r..




Rabu, 27 Mei 2009

assalamualaikum

mukaddimah kembali ukhwah